Monday, January 10, 2011

BAB 2: SEKOLAH MENENGAHKU (PART 1)


Pada awal tahun 1999, aku secara rasminya menjadi pelajar sekolah menengah. Diimbas kembali, aku merupakan pelajar yang terakhir mendaftar di sekolah kerana masalah dokumentasi. Masalah ini berpunca daripada pendaftaran aku  terdahulu yang mana nama aku disenaraikan di sebuah sekolah lain yang letaknya kurang 1km dari rumah oleh pihak pengurusan sekolah rendah. Pada masa itu, pihak pengurusan sekolah rendah mahu memudahkan pelajar untuk ke sekolah menengah yang terletak paling hampir dengan rumah masing-masing. Oleh kerana abah bimbang aku akan melencong ke tempat lain dan tidak pergi ke sekolah, dihantarnya aku ke sekolah yang letaknya 5km dari rumah dan berhampiran pejabatnya. Senang hantar dan ambil katanya. Aku sangat bersyukur dengan keputusan abah kerana dapat berjumpa kembali dengan rakan seperjuangan semasa di sekolah rendah dahulu.

Terdapat 10 buah kelas untuk pelajar tingkatan satu iaitu kelas A sampai kelas J. Seperti biasa, kelas-kelas ini disusun mengikut kemampuan IQ pelajar merujuk kepada keputusan UPSR masing-masing. Jangan terkejut kerana aku merupakan pelajar di kelas J iaitu kelas paling akhir. Perasaan aku hanya Allah s.w.t yang tahu. Cuba bayangkan sebuah kelas, terpisah dari deretan kelas-kelas yang lain dan terletak di kawasan tanah rendah (keadaan muka bumi di dalam kawasan sekolah yang berbukit menyebabkan terdapatnya tanah tinggi dan tanah rendah). Bayangkan juga kami, warga kelas J yang harus mendongak ke atas untuk melihat suasana pelajar kelas-kelas lain. Rasa dipandang rendah pun ada. Bak kata Pendekar Bujang Lapuk: "Cobaan...................".

Mengikut rekod, "batch" aku merupakan "batch" pertama pelajar perempuan diterima masuk belajar di sekolah ini. Maknanya, sekolah sebelum ini merupakan sekolah menengah lelaki sahaja. Secara jujurnya, aku lebih suka sekolah ini seperti sebelumnya.

Thursday, January 6, 2011

BAB 1: SIAPAKAH AKU DAHULU SEBELUM AKU SEKARANG?

Aku datang dari keluarga yang sederhana, tak kaya dan tak pula susah. Pada masa kecil, sama macam kanak-kanak lain, bermain adalah rutin kehidupan seolah-olah hidup aku hanya untuk bermain. Semasa berumur 6 tahun, aku sudah diajar mengaji Al-Quran dan cara-cara bersolat. Kerap juga aku dan abang diajak ke surau oleh abah. Kadang-kadang secara "sendirian berhad" ikut datuk ke surau berhampiran yang tak jauh dari rumah datuk. Masa kecil, kami adik beradik kerap habiskan masa di rumah datuk sebelah umi yang mana menjadi tempat  kami belajar membaca Al-Quran. 

Di rumah pula, aku dan abang suka geledah “mini library”. Banyak buku-buku lama yang dijumpai antara yang paling menarik minat ialah buku sejarah dan mengenai haiwan dan bintang. Jadi tidak hairanlah aku dan abang lebih berpengetahuan berbanding kawan-kawan seusia lain dalam bab sejarah dan nama-nama haiwan. Buku yang dijumpai terus diberi kepada umi untuk diajar membaca. Umi aku suri rumah, jadi banyak masa diluangkan untuk didik kami adik beradik membaca dan bersopan santun. Antara pengajaran awal yang diberikan oleh umi ialah:
  • jangan keluar bermain sebelum pukul 5 petang (takut kulit jadi gelap katanya)
  • jangan tunjuk-tunjuk ke arah muka yang lain semasa bercakap.
  • jangan tinggikan suara dengan orang tua.
  • segera basuh pinggan dan gelas selepas makan.
  • jangan ke rumah jiran-jiran pada waktu makan tengah hari.
  • dan banyak lagi.......
Sekitar tahun 1993-1998, aku memasuki alam persekolahan (sekolah rendah) selepas tamat sekolah tadika selama setahun pada tahun 1992. Masa sekolah tadika dulu, ada juga campur dengan budak-budak perempuan tapi perasaan "suka" itu belum wujud. Lain pula yang berlaku semasa sekolah rendah di mana semua pelajar adalah lelaki. Berhampiran sekolah, ada sebuah sekolah menengah perempuan. Selepas habis kelas, aku intai abah melalui celah rekahan pagar sekolah. Malu nak tunggu dekat luar sebab ramai sangat pelajar perempuan dari sekolah sebelah yang juga menunggu di sekitar. Boleh dikatakan aku sangat pemalu lebih-lebih bila berhadapan dengan perempuan. Maklumlah, adik beradik semua lelaki, sepupu pun ramai lelaki dan tidak pernah ada kawan perempuan. Di sekolah aku sangat aktif bersukan. Sukan kegemaran adalah bola sepak. Aku juga aktif buat kerja amal contohnya membersihkan pusat sumber, taman, kolam ikan, surau di sekolah. 

Pulang saja dari sekolah, rutin biasa yang dilakukan ialah makan tengah hari, solat, usung tilam ke ruang tamu, buka TV2 untuk menonton Rancangan TV Pendidikan yang pada masa itu popular dengan Cerita Sang Kancil. Pada hujung minggu pula, pagi-pagi lagi aku sudah bangun untuk tengok rencana mengenai haiwan sementara tunggu cerita Ultraman. Rancangan R.S.B yang kini dikenali sebagai Remaja merupakan rancangan paling matang pernah aku tengok pada masa itu. Pengacaranya ialah Irene Santiago, yang juga merangkap sebagai "kekasih" aku (dalam fantasi). Rancangan ini juga banyak pengaruhi hidup aku untuk berubah dari segi apa yang aku main, pemakaian dan muzik.

Hari berlalu dan aku meningkat remaja. Antara tahun 1996-1998, perasaan memberontak semakin meninggi dalam diri. Pada tahap ini, aku sudah pandai menipu lebih-lebih soal solat dan mengaji Al-Quran. Sebelum terlupa, sesi mengaji Al-Quran aku adalah pada sebelah petang sesudah solat asar. Bagi aku, amatlah tidak relevan waktu petang digunakan untuk belajar mengaji. Ini kerana waktu petang adalah untuk bermain bola sepak. Dulu pernah aku mengaji sesi malam sesudah solat isyak tetapi banyak pula "songeh": mengantuk la, nak tengok TV la dan macam-macam lagi. Sebab tu takut nak luahkan isi hati kepada abah untuk tukar balik ke sesi malam. Abah aku pantang, buat hal sikit laju saja tangan naik ke muka. Begitullah aku dan abang dihukum setiap kali tinggalkan solat dan ponteng mengaji Al-Quran.

Pengajaran bab 1:
1) kesimpulannya, aku dididik dengan baik oleh abah, umi dan datuk dalam asas fardu'ain lebih-lebih dalam bab solat dan membaca kitab suci Allah s.w.t iaitu Al-Quran. Kerap dihukum kerana abaikan 2 perkara tersebut. Jadi timbul persoalan. Mak ayah zaman sekarang mahu ke nak pukul-pukul anak lebih-lebih bila anak tidak solat dan ponteng mengaji Al-Quran??? hehe....

Kongsi pengalaman: Sepupu aku yang lahir sekitar tahun 1999 ke atas semua dimanjakan oleh mak ayah mereka. Sampai satu hari, si ayah melarang dengan meninggikan suara pun tidak diendahkan oleh si anak bahkan dibalaskan balik oleh si anak dengan nada mengejek.
Jadi ingatlah, "melentur buluh biarlah dari rebungnya".

2) TV juga berperanan penting dalam mencorak seseorang lebih-lebih yang meningkat remaja.

Kongsi pengalaman: Masa tengok Rancangan R.S.B, banyak paparkan isu muzik masa kini (pada masa tu ledakan local indie-band spt O.A.G, nice stupid playground, intoxicated), fesyen dan aksesori etc. Dalam bab gadis pilihan pun sama. Disebabkan dulu aku minat Irene Santiago, jadi kalau boleh aku inginkan"girlfriend" seakan-akan dia: mixed, freehair, pandai berfesyen etc. Kira dia dijadikan asas untuk memilihan gadis idaman aku pada masa tu. Aku yakin, ramai di luar sana yang juga jadikan selebriti tertentu sebagai asas pemilihan pasangan, kan?

Tuesday, January 4, 2011

PENGENALAN

Assalamu'alaikum w.b.t.


Alhamdulillah dengan izin Allah s.w.t dan di atas nasihat rakan-rakan, (Luqman al Hakim, Sabrie dan Imani) maka terbukalah hati untuk menulis blog nie yang diberi tajuk "kisahku novelmu". Blog nie sebelumnya dirancang untuk dijadikan diari semata-mata. Di sebabkan aku nie bukan "kaki diari", maka ditulis lah segala isi hati di dalam blog (sebab diari nie takut adik beradik baca, takut dilabel mat jiwang etc). Dalam blog nie, tulis apa pun o.k sebab orang mungkin tak kenal. Tambahan memang niat aku untuk bercerita pengalaman lalu yang mana amatlah rugi jika tidak dikongsi.


Apa yang ditulis dalam blog nie adalah 100% kisah benar yang dialami sendiri oleh aku yang mana menggunakan nama samaran sebagai Muhammad. Kalau blog nie adalah sebuah novel, genrenya mungkin jatuh dalam kategori ISLAMIK NOVEL.


Pertama sekali mohon maaf kerana plot cerita dalam blog nie agak "slow". Ini kerana aku ingin mengajak para pembaca mengimbas kembali zaman-zaman yang pernah dilalui pada masa dahulu.


Secara ringkasnya, blog nie akan menceritakan pengalaman aku bermula dari zaman sekolah sampai sekarang. Ujian demi ujian dan perubahan demi perubahan yang dialami dek kerana CINTA. Diharap akan beri banyak pengajaran untuk para pembaca.


Blog nie Insya'Allah akan di"update" seminggu sekali. Segala komen amatlah dialu-alukan. Sekian terima kasih.