Monday, February 14, 2011
BAB 3: SEKOLAH MENENGAHKU (PART 2)
Dalam kelas, aku berkawan rapat dengan Azrul yang aku kenali sejak sekolah rendah. Si Azrul nie ala-ala "bad boy" sikit, suka main tarik tudung pelajar perempuan. Kerap juga dia masuk bilik disiplin. Namun ia langsung tidak menjejaskan pandangan pelajar lain, terutamanya pelajar perempuan terhadap aku. Tiap ketika berada di dalam kelas, ada sahaja mata-mata yang memandang dengan senyuman. Cikgu-cikgu juga memandang tinggi kebolehan aku kerana kerap mendapat keputusan yang baik (selalu dapat no.1 dalam kelas). Pernah seorang ustazah bagitau: "seumur hidup ustazah mengajar di sekolah nie, tak pernah pelajar dapat 98 markah dalam subjek agama". Ustazah juga kerap kali menasihati aku supaya jangan terikut dengan perangai nakal kawan di sekeliling. Itulah Ustazah Farhana yang sangat aku segani kerana ketinggian ilmu agamanya dan selalu memberi nasihat kepada para pelajar. Pernah aku menganggapnya sebagai ibu ke-2 ku.
Semasa berada di tingkatan 1, aku masih belum mempunyai kawan perempuan. Ada juga yang buat-buat mesra dengan aku, tapi aku tak layan. Suatu hari ketika waktu rehat, seperti kebiasaan aku tidak ke kantin dan duduk di meja cikgu untuk membaca akhbar. Seorang pelajar perempuan bernama Suraya dengan selamba duduk di atas meja cikgu. Pada mulanya dia renung je muka aku dengan senyuman (ala-ala nak menggoda). Mungkin juga dia dicabar oleh kawan-kawan untuk menegur aku. Tiba-tiba Suraya mula bersuara: "kenapa saya selalu tengok, bila tiba je waktu rehat mesti awak tak pergi makan....kenapa ek?".
Dengan mata yang masih terpaku di dada akhbar, aku menjawab: "tak lapar, buat apa nak pergi kantin".
Selepas itu ada pula soalan susulan dari Suraya. Masih segar dalam ingatan, pada masa yang sama si Suraya pernah berbaring di atas meja cikgu sambil renung muka aku. Tujuan?? Wallahu'alam, aku pun tidak tahu sampai ke hari ini.
Perkara tidak bermoral sudah ada di sekolah, contohnya pelajar senior tingkatan 2 selalu masuk mengusik pelajar perempuan. Ada antara mereka yang membawa masuk gambar-gambar lucah untuk dipertontonkan kepada pelajar perempuan. Yang lucunya, ada yang menutup mata dan ada pula yang melayan gambar-gambar tersebut bersama senior. Ada juga pelajar senior memperlihatkan kemaluannya kepada pelajar perempuan yang "sporting". Pada tahap nie, aku benar-benar rasa seperti hidup di dalam neraka. Pelajar perempuan yang prihatin mengadukan hal tersebut kepada cikgu disiplin. Ada juga sebilangan pelajar senior dibuang sekolah kerana hal di atas.
Antara gejala yang aku paling benci, sudah ada pelajar perempuan sekelas yang mana teman lelakinya seorang senior tingkatan 2 ditangkap berdua-duaan di dalam tandas sekolah. Kondom juga turut dijumpai. Dipercayai mereka melakukan hubungan seks sejak bermulanya hari latihan sukan yang biasanya diadakan pada waktu petang. Suasana sunyi di dalam kawasan sekolah pada waktu petang menyebabkan mereka terdorong untuk melakukan perbuatan terkutuk, kononnya "pak guard" duduk diam je dalam pondok dia. Mereka berdua kemudiannya dibuang dari sekolah.
Sebelum bermulanya peperiksaan akhir tahun, Suraya berhenti sekolah secara tiba-tiba. Menurut rakan rapatnya, Suraya mengandung anak lelaki berumur 30an yang mana baru saja dikenali. Diceritakan juga, Suraya merupakan anak tunggal. Ibu bapanya sudah bercerai. Mudah-mudahan Suraya baik-baik sahaja dan sentiasa dilindungi oleh Allah s.w.t. Yang paling penting, moga dia BERTAUBAT.
Pengajaran bab 3:
1) Tidak kira dengan siapa pun kita berkawan, yang penting, ambil yang baik dan jauhi yang buruk (perangai) kerana pengaruh kawan sangatlah kuat. Jika seorang kawan cenderung memberi kesan negatif kepada kita maka sebaik-baiknya jauhkan diri anda dan berdoalah mudah-mudahan dia berubah.
Seelok-eloknya, carilah kawan yang dapat membimbing kita kearah kecemerlangan baik dari segi apa pun.
2) Bahan-bahan lucah haruslah dijauhi kerana jika dilayan, nafsu akan membuah dalam diri sepertimana kejadian yang berlaku di atas. Apabila nafsu merajai diri, akal sudah tidak berguna lagi, malu tidak lagi jadi penghalang....hasilnya.......DERITA.
Subscribe to:
Posts (Atom)
