Pada hari berikutnya, seperti biasa aku lepak saja dalam kelas bila tiba waktu rehat. Kebetulan Ahmad Fatah pun tidak keluar ke kantin. "Apa mimpi pondan nie. Biasa time nie dah rush ke library". Bisik hatiku kerana biasanya Ahmad Fatah akan ke perpustakaan. (Amad Fatah = Pustakawan). Aku dan dia saling berpandangan. Mungkin kerana perasaan saling meneka antara satu sama lain. Tapi jelas di wajahnya masih terdapat perasaan sedih. Tak tergamak pula aku nak kenakan dia. Ego punya pasal, aku mengelak dari bertanya tentang keadaannya walaupun dalam hati nie rasa sangat ingin tau apa sebenarnya yang berlaku dan apa kaitannya dengan aku yang dikatakannya jujur tempoh hari.
Tiba-tiba, Ahmad Fatah datang menghampiri dan duduk di sebelah aku yang sedang menjenguk ke luar tingkap untuk melihat pokok-pokok dan air terjun buatan berhampiran kelas kami. "Nah gula-gula. Tak tau kau makan ke tak. Cuba la, sedap. Mak aku beli kat Langkawi. Erm, Aku nak tanya sikit harap kau jawablah. Muhammad, kau pernah tak jatuh cinta kat seseorang?". Ahmad Fatah memberi aku gula-gula Daim sambil memulakan perbicaraan. "Haha, what on earth punya soalan. Kenapa, kau tengok muka aku nie macam mat jiwang ke? mintak maaf banyak-banyak, im not that type! No, thanks. Aku tak makan gula-gula time perut aku kosong." Aku menjawab dengan penuh bangga. "Aik, bukan ke ramai pelajar perempuan yang minat kat kau??" Ahmad Fatah meneruskan soalan. "Skema punya soalan. Aku tak tau pun ramai yang minat kat aku. Andai diorang minat sekali pun, tak semestinya diorang suka kat aku" (suka = cinta, tapi masa tu aku geli nak sebut perkataan cinta). Aku menjawab sambil kepala sedang mengesyaki sesuatu berkaitan faktor yang membuatkan dia menangis dalam makmal tempoh hari. "Kau tak tau ek ramai pelajar perempuan minat kat kau?? ooo...ok, takpe-takpe". Ahmad Fatah menjawab dengan ringkas dengan riak muka yang seakan tersenyum tapi menyembunyikan sesuatu.
Dalam masing-masing terdiam seketika mencari tajuk yang sesuai untuk dibincangkan (ini kali pertama kami bersembang berdua, jadi agak kekok), secara tiba-tiba Ahmad Fatah menjadi cemas bila terlihat beberapa orang junior perempuan melintas untuk ke koperasi yang terletak selang 3 kelas dari kelas kami. "Eh, kau nie gila ke apa? kenapa sampai menyorok bawah meja. Bukan ke kau sangat familiar with girls masa form 1 dulu? Pelik aku tengok kau hari nie. Tiba-tiba pulak jadi pemalu dengan perempuan". Sindirku dalam kebingunan. "Muhammad, boleh minta tolong? Kau ingat tak junior yang lintas tadi? kejap lagi mesti diorang akan lalu sini lagi. Kau usya yang paling cantik antara diorang bertiga. Tolong ek, nanti aku jelaskan". Minta Ahmad Fatah dengan nada cemas. "Yela. Tak pernah-pernah buat kerja macam nie." Jawabku dengan nada terpaksa.
Setelah menunggu beberapa ketika, akhirnya junior yang ditunggu melintas di hadapan kelas kami. Ada 3 orang pelajar perempuan - Seorang Pustakawani, Seorang Pengawas dan seorang lagi pelajar biasa. Sepanjang pemerhatian, aku memerhatikan yang pengawas. Muka ala-ala cina, tinggi lampai dan ada cutting body yang menarik. "Andai saja Naim, Joe dan Fadhil ada, mesti diorang puji gila-gila junior nie. Diorang minat la perempuan camnie". Bisik hatiku sambil mengimbas kembali men's talk antara mereka semasa berada di tingkatan 2, 2 tahun yang lalu.
"Muhammad, diorang dah lintas ke belum?" Tanya Ahmad Fatah yang kelihatan agak sengsara menyorok bawah meja. "Yup! So, kenapa dengan junior yang lawa tadi. Girlfriend kau ke?". Aku menyindir lagi. "Adoi, malu nak bagitau kat kau. Tapi tak apa la, lagi pun aku perlukan someone tuk luahkan perasaan. Mudah-mudahan lega sikit. Erm....actually dia bukan girlfriend aku. Aku je yang tergila-gilakan dia. Tapi dulunya kami agak rapat. Segalanya berubah setelah aku meluahkan perasaan aku kat dia". Ahmad Fatah memulakan cerita. "Haha, jiwang gak kau nie. Yang kau nangis dalam lab itu hari sebab junior tu la? No wonder kau tergilakan dia. Aku pun ada terfikir tadi andai Naim, Joe dan Fadhil ada sama, mereka pun mungkin turut tergila macam kau. Ok, teruskan bercerita". Responku bersahaja.
Baru saja Ahmad Fatah ingin meneruskan cerita, loceng tamat rehat dibunyikan. "Arghh, kejap lagi kelas bahasa inggeris. Bencinya aku! Muhammad, nanti kita sambung bila free ok?. Tak selesa nak bercerita bila orang ramai". Kata Ahmad Fatah sambil berdiri dan berjalan menuju ke kerusinya. Aku tersenyum sebagai tanda setuju dan memahami keadaannya yang memerlukan seorang pendengar.
Pengajaran bab 7:
1) Ada 3 cara membolehkan seseorang dimudahkan masuk ke dalam syurga: (sumber: Tanyalah Ustaz@TV9)
- Memaafkan seseorang yang pernah berbuat jahat kepada kita.
- Menyambung tali silaturrahim yang putus.
- Memberi kepada yang tidak memberi.
Semua di atas pernah dilakukan oleh Ahmad Fatah dan dia berjaya melembutkan hati aku yang dulunya memang anti dengan golongan lelaki lembut.


