Saturday, April 2, 2011

BAB 5: MUSUHKU SAHABATKU (PART 2)


Tahun 2002, aku bersiap sedia memasuki tingkatan 4. Setelah tamat perhimpunan mingguan, diadakan pula sesi pengumuman kelas berdasarkan keputusan PMR pada tahun lepas. Apabila selesai sesi pembahagian kelas, amatlah terkejut kerana sekali lagi Ahmad Fatah menjadi rakan sekelasku setelah dua tahun kami tidak sekelas. Aku amat tidak menyenangi keadaan itu. Para pelajar kemudiannya berarak memasuki kelas baru masing-masing.

Setibanya kami di dalam kelas, macam biasa masing-masing berebut untuk memilih tempat duduk yang disukai. Begitu juga aku. Aku bersama Naim, Joe dan Fadhil memilih untuk duduk di bahagian hadapan tetapi di sebelah tepi (kanan) kelas. "Nice view", kata Naim yang duduk di barisan paling depan bersama Fadhil manakala aku dan Joe duduk di belakang mereka. Si Ahmad Fatah pula mengada-ngada duduk di belakang aku. "Tak ada motif betul la si pondan ni", hatiku mengutuk.

Diimbas kembali, Naim, Joe dan Fadhil adalah kawan yang baru saja aku kenali ketika berada di tingkatan 2, dua tahun lalu. Mereka pula sudah saling kenal antara satu sama lain kerana tinggal sekampung dan bersekolah rendah bersama. Mereka melayan aku dengan baik sekali. Selalu saja aku diajak bermain tennis, badminton, bowling dan berbasikal merentas desa. Banyak pengalaman baru yang aku dapat daripada mereka. Bagiku, zaman remajaku baru saja bermula. "Terima kasih kawan-kawanku".

No comments:

Post a Comment