Friday, May 6, 2011
BAB 8: CERITA CINTA BUTA YANG MENYAKITKAN (PART 2)
Tidak seperti hari sebelumnya, kali ini Ahmad Fatah kelihatan lebih ceria dan teruja. Mungkin sedang bersemangat untuk menyambung ceritanya yang tertangguh semalam.
"Mat, salah ke aku meluahkan perasaan yang terpendam kat seseorang yang aku suka? Andai aku tak luahkan, takut nanti melepas." Ahmad Fatah memulakan soalan sambil menghampiri aku. "Adoi, sorry to say aku tak ada pengalaman dalam bab cintan cintun nie. Tapi kalau ikutkan aku, tak salah kot meluahkan isi hati. Tapi biasa la, kena bersiap sedia dengan jawapan dari si dia. Mungkin dia terima, mungkin dia tolak." Aku menjawab berdasarkan logik akal.
Ahmad Fatah kelihatan termenung sejenak. Beberapa minit kemudian dia mengeluarkan handphone Nokia 3310 berwarna merah (pada tahun 2002, handphone Nokia 3310 nie tengah hot dan sangat popular di kalangan pelajar dan guru). "Nah, cuba kau baca SMS dari si dia". Minta Ahmad Fatah sambil menghulurkan handphonenya. "Irah pun sayang kat Fatah. Sayang sangat! Tapi Irah anggap Fatah tak lebih dari seorang kawan. Tolong sangat, janganlah Fatah merayu camnie lagi sebab ia boleh menjejaskan persahabatan kita." Kali nie giliran aku pula yang termenung sejenak sebelum menghulurkan kembali handphone kepada Ahmad Fatah. "What the hell main sayang-sayang kalau anggap sebagai kawan je". Bisik hatiku, sambil terlintas sesuatu di fikiran.
"Fatah, siapa yang terlebih dulu meluahkan rasa sayang nie. Dia ke kau?" Tanyaku berdasarkan firasat. "Hah, tu lah masalahnya. Kalau awal-awal dulu dia tak luahkan rasa sayang dia kat aku, tak ada lah aku duk angau dan fikir bukan-bukan kat si dia. Dulu, dia yang mulakan bab sayang menyayang nie. Aku ingat lagi suatu malam sebelum tidur, kami bersembang. Masa tu dia mengadu parents bergaduh. Dia nangis! Masa tu aku rasa nak sangat lindungi dia tapi aku segan nak cakap. Tiba-tiba dia bagitau dia sayang kat aku dan akulah tempat dia mengadu. Aku terkejut sangat Mat!" Jelas Ahmad Fatah.
"Tapi pada malam tu dan beberapa hari selepas tu aku belum meluahkan isi hati aku dekat dia. Aku tunggu masa yang sesuai." Tambah Ahmad Fatah. "Ok....maknanya kau ambil masa juga la nak luahkan isi hati? Haha, ingatkan kau nie seorang yang gopoh. Teruskan." Aku melawak untuk menceriakan suasana.
Perbualan terhenti seketika apabila Ahmad Fatah dilihat seakan-akan membuat panggilan melalui handphonenya, tetapi bila ditanya dia hanya menjawab tak ada apa-apa sambil tersenyum. Senyuman yang bagaikan menyembunyikan sesuatu. "Pelik budak nie, suka kasi sejuk cerita." Bisik hatiku yang tidak sabar untuk mendengar cerita selebihnya.
"Maaf. Erm....ok. Bermula dari hari tu (Irah mengadu pasal parentsnya bergaduh), tiap-tiap malam sebelum tidur dia akan SMS bagitau aku: Gudnite sayang! Aku pun apa lagi, rasa gembira sangat! Bagaikan cinta tak bertepuk sebelah tangan. SMS berbalas sayang nie berlanjutan dekat setahun." Ahmad Fatah menyambung cerita. "Eh, kau dengan si dia tak declare as couple ke? Main berbalas sayang macam tu je belum menjelaskan apa-apa. Bagi aku, hubungan tu masih lagi nampak samar-samar." Soalku kehairanan.
"Haa..nie aku nak habaq kat hang (tiba-tiba pula Ahmad Fatah bercakap loghat kedah). Dia sengaja nak bagi hubungan kami nie samar-samar supaya dapat perhatian dari aku. Masa aku luahkan isi hati kat dia, awal-awal dulu dia cakap belum sedia nak couple. Kononnya nak focus study dulu. Masa tu dia tak terus tolak aku. Kau dah baca SMS tadi kan? Bukankah bercanggah alasan yang dia bagi? Jelas Ahmad Fatah dengan nada yang sedikit kesal. "Erm...lain benar alasan yang budak Irah nie bagi. Ntah, sepanjang cerita kau nie aku nampak satu je. Aku nampak budak Irah nie macam sengaja nak main-mainkan kau. Bukan sengaja, tapi biasa la perempuan lawa, mestilah mahu perhatian yang special dari ramai lelaki. Teori je...." Responku terhadap soalan yang dikemukakan oleh Ahmad Fatah.
"Hahahaha....Budak Irah? Baguslah kau panggil dia macam tu. Memang dasar budak hingusan pun. Tapi apa yang kau cakap tadi bukan sekadar teori. Memang betul dia hanya nak perhatian dari aku dan juga lelaki lain. Aku ingat lagi masa trip librarians ke Kuala Lumpur dulu, aku sedaya upaya nak hampiri dia, nak jalan bersama, tapi nampak sangat dia macam menjauhkan diri. Padahal dalam handphone bukan main bersayang-sayang. Kalau benda nie jadi kat kau pun aku agak kau dapat rasa yang dia cuba mengelak. Tapi aku fikir positif, mungkin dia malu." Luah Ahmad Fatah yang pada mulanya tertawa dan seterusnya mula kembali muram.
"Trips librarians? Irah kan pengawas. Tapi tak pernah pula librarians dengan pengawas join trip bersama. Betol pengawas kot, sebab Fatah kan suruh aku usya yang paling lawa. Bagi aku, yang pengawas nie la yang paling lawa antara juniors bertiga semalam." Aku tertanya di dalam hati. Rasa sedikit kebingungan. Tapi aku tak terus tanya, untuk elakkan kecelaruan cerita. Aku diam je sambil memberi isyarat tangan supaya Ahmad Fatah meneruskan cerita.
"Pernah sekali masa latihan rumah sukan aku tengok dia duduk rapat-rapat je dengan seorang senior kita. Aku labelkan sebagai senior A. Berborak bukan main mesra. Masa latihan Kelab Bomba pula macam tu juga. Tapi dengan senior lain yang aku labelkan sebagai senior B. Mentang-mentang aku bukan satu kelab dengan dia, dia ingat aku tak tahu gerak geri dia. Yang paling lucu, dulu aku pernah ajak dia keluar jalan-jalan, makan McD. Dia cakap yang dia nie tak keluar dengan lelaki yang bukan muhrim. Tuiiiii!! Sebulan lepas tu, Allah maha kuasa nak tunjuk kebenaran, so aku terserempak dengan dia bukan main mesra dengan senior lain, iaitu senior C dalam KFC. Tapi yang bodohnya, yang aku paling kesal, boleh pula aku fikir positif setelah aku melihat semua tu dengan mata aku sendiri. Masa tu aku nak sangat dia jadi milik aku. Aku fikir, mustahil dia akan curang sebab tiap malam dia tak pernah miss ucap: Gudnite sayang kat aku." Ahmad Fatah seakan-akan kembali bersedih.
"Kalau dah suka kat seseorang, memang la macam tu. Orang lain kata perempuan tu gajah ke, harimau ke, kita dah tak dengar. Normal, aku faham keadaan kau." Jelasku yang juga cuba menenangkan keadaan Ahmad Fatah. Aku tak nak dia menangis balik je.
Selepas itu loceng tamat rehat dibunyikan. Pelajar-pelajar semakin memenuhi kelas. Ahmad Fatah tersenyum kembali dan memberitahu akan menyambung lagi ceritanya pada minggu hadapan kerana esok sekolah cuti hujung minggu. Selang 10 minit Cikgu Zarina memasuki kelas untuk mengajar subjek KOMSAS. Cikgu nie agak berumur, sedikit garang kalau tak ikut disiplin.
Sedang Cikgu Zarina khusyuk mengajar, tiba-tiba terdengar bunyi ringtone handphone. Cikgu Zarina menghempas buku novelnya ke atas meja dan semua pelajar serentak memandang ke arah Ahmad Fatah. Rupa-rupanya ringtone tadi datangnya dari handphone Ahmad Fatah. Setelah dimarahi selama lebih kurang 4 minit, dia kemudiannya diminta membawa kerusinya supaya duduk di luar kelas. Hahaha....
Pengajaran bab 8:
1) Tidak kira lelaki atau perempuan, janganlah mudah mengungkapkan perkataan sayang kepada seseorang yang berlawanan jantina. Boleh jadi ungkapan tersebut disalah tafsir lebih-lebih lagi oleh pihak yang menyimpan perasaan kepada kita.
2) Berfikiran positif itu perlu supaya dapat melahirkan spiritual yang positif seterusnya tindakan kita pun akan menjadi positif. Akan tetapi, berwaspada lah!! Fikiran positif ini sering kali terganggu kerana emosi. Contohnya kerana perasaan cinta pada seseorang membuatkan kita hilang pertimbangan positif, dan semuanya nampak indah. Ketahuilah perbezaan antara buta menilai dengan penilaian positif. Buta menilai = kita terima sahaja sesuatu perkara DENGAN POSITIF TANPA BANYAK SOAL (EMOSI). Penilaian positif = menerima sesuatu perkara DENGAN POSITIF DENGAN BANYAK SOAL (AKAL).
3) Jangan misscall orang sesuka hati atau berniat nak kenakan orang, kerana kita tak tahu handphone kita tu dalam silent mode ke tak. Buat baik dibalas baik, buat jahat?? hehe...fikir-fikirkanlah
*Ahmad Fatah misscall junior kegilaannya dalam kami tengah khusyuk bersembang. Junior (Irah) balas balik semasa kelas sedang berjalan. Kebetulan handphone Ahmad Fatah bukan dalam silent mode. Tu yang kena denda duduk dekat luar kelas. Kan Allah tu maha adil??
Tuesday, April 19, 2011
BAB 7: CERITA CINTA BUTA YANG MENYAKITKAN (PART 1)
Pada hari berikutnya, seperti biasa aku lepak saja dalam kelas bila tiba waktu rehat. Kebetulan Ahmad Fatah pun tidak keluar ke kantin. "Apa mimpi pondan nie. Biasa time nie dah rush ke library". Bisik hatiku kerana biasanya Ahmad Fatah akan ke perpustakaan. (Amad Fatah = Pustakawan). Aku dan dia saling berpandangan. Mungkin kerana perasaan saling meneka antara satu sama lain. Tapi jelas di wajahnya masih terdapat perasaan sedih. Tak tergamak pula aku nak kenakan dia. Ego punya pasal, aku mengelak dari bertanya tentang keadaannya walaupun dalam hati nie rasa sangat ingin tau apa sebenarnya yang berlaku dan apa kaitannya dengan aku yang dikatakannya jujur tempoh hari.
Tiba-tiba, Ahmad Fatah datang menghampiri dan duduk di sebelah aku yang sedang menjenguk ke luar tingkap untuk melihat pokok-pokok dan air terjun buatan berhampiran kelas kami. "Nah gula-gula. Tak tau kau makan ke tak. Cuba la, sedap. Mak aku beli kat Langkawi. Erm, Aku nak tanya sikit harap kau jawablah. Muhammad, kau pernah tak jatuh cinta kat seseorang?". Ahmad Fatah memberi aku gula-gula Daim sambil memulakan perbicaraan. "Haha, what on earth punya soalan. Kenapa, kau tengok muka aku nie macam mat jiwang ke? mintak maaf banyak-banyak, im not that type! No, thanks. Aku tak makan gula-gula time perut aku kosong." Aku menjawab dengan penuh bangga. "Aik, bukan ke ramai pelajar perempuan yang minat kat kau??" Ahmad Fatah meneruskan soalan. "Skema punya soalan. Aku tak tau pun ramai yang minat kat aku. Andai diorang minat sekali pun, tak semestinya diorang suka kat aku" (suka = cinta, tapi masa tu aku geli nak sebut perkataan cinta). Aku menjawab sambil kepala sedang mengesyaki sesuatu berkaitan faktor yang membuatkan dia menangis dalam makmal tempoh hari. "Kau tak tau ek ramai pelajar perempuan minat kat kau?? ooo...ok, takpe-takpe". Ahmad Fatah menjawab dengan ringkas dengan riak muka yang seakan tersenyum tapi menyembunyikan sesuatu.
Dalam masing-masing terdiam seketika mencari tajuk yang sesuai untuk dibincangkan (ini kali pertama kami bersembang berdua, jadi agak kekok), secara tiba-tiba Ahmad Fatah menjadi cemas bila terlihat beberapa orang junior perempuan melintas untuk ke koperasi yang terletak selang 3 kelas dari kelas kami. "Eh, kau nie gila ke apa? kenapa sampai menyorok bawah meja. Bukan ke kau sangat familiar with girls masa form 1 dulu? Pelik aku tengok kau hari nie. Tiba-tiba pulak jadi pemalu dengan perempuan". Sindirku dalam kebingunan. "Muhammad, boleh minta tolong? Kau ingat tak junior yang lintas tadi? kejap lagi mesti diorang akan lalu sini lagi. Kau usya yang paling cantik antara diorang bertiga. Tolong ek, nanti aku jelaskan". Minta Ahmad Fatah dengan nada cemas. "Yela. Tak pernah-pernah buat kerja macam nie." Jawabku dengan nada terpaksa.
Setelah menunggu beberapa ketika, akhirnya junior yang ditunggu melintas di hadapan kelas kami. Ada 3 orang pelajar perempuan - Seorang Pustakawani, Seorang Pengawas dan seorang lagi pelajar biasa. Sepanjang pemerhatian, aku memerhatikan yang pengawas. Muka ala-ala cina, tinggi lampai dan ada cutting body yang menarik. "Andai saja Naim, Joe dan Fadhil ada, mesti diorang puji gila-gila junior nie. Diorang minat la perempuan camnie". Bisik hatiku sambil mengimbas kembali men's talk antara mereka semasa berada di tingkatan 2, 2 tahun yang lalu.
"Muhammad, diorang dah lintas ke belum?" Tanya Ahmad Fatah yang kelihatan agak sengsara menyorok bawah meja. "Yup! So, kenapa dengan junior yang lawa tadi. Girlfriend kau ke?". Aku menyindir lagi. "Adoi, malu nak bagitau kat kau. Tapi tak apa la, lagi pun aku perlukan someone tuk luahkan perasaan. Mudah-mudahan lega sikit. Erm....actually dia bukan girlfriend aku. Aku je yang tergila-gilakan dia. Tapi dulunya kami agak rapat. Segalanya berubah setelah aku meluahkan perasaan aku kat dia". Ahmad Fatah memulakan cerita. "Haha, jiwang gak kau nie. Yang kau nangis dalam lab itu hari sebab junior tu la? No wonder kau tergilakan dia. Aku pun ada terfikir tadi andai Naim, Joe dan Fadhil ada sama, mereka pun mungkin turut tergila macam kau. Ok, teruskan bercerita". Responku bersahaja.
Baru saja Ahmad Fatah ingin meneruskan cerita, loceng tamat rehat dibunyikan. "Arghh, kejap lagi kelas bahasa inggeris. Bencinya aku! Muhammad, nanti kita sambung bila free ok?. Tak selesa nak bercerita bila orang ramai". Kata Ahmad Fatah sambil berdiri dan berjalan menuju ke kerusinya. Aku tersenyum sebagai tanda setuju dan memahami keadaannya yang memerlukan seorang pendengar.
Pengajaran bab 7:
1) Ada 3 cara membolehkan seseorang dimudahkan masuk ke dalam syurga: (sumber: Tanyalah Ustaz@TV9)
- Memaafkan seseorang yang pernah berbuat jahat kepada kita.
- Menyambung tali silaturrahim yang putus.
- Memberi kepada yang tidak memberi.
Semua di atas pernah dilakukan oleh Ahmad Fatah dan dia berjaya melembutkan hati aku yang dulunya memang anti dengan golongan lelaki lembut.
Thursday, April 7, 2011
BAB 6: MUSUHKU SAHABATKU (LAST PART)
Suatu hari sebelum bermulanya kelas Biologi, aku, Naim, Joe dan Fadhil memilih untuk duduk di tempat paling belakang. Ini kali pertama kami menjejakkan kaki ke dalam makmal sains. Sebelum ini hanya tengok senior-senior sahaja. Rasa sangat teruja untuk menjalankan uji kaji sepertimana yang dilihat dalam TV.
Hari ini cikgu ada mesyuarat, dan akan tiba dalam masa 30 minit. Jadi masing-masing buat hal sendiri. Ada yang tengok alat radas, ada yang tengok haiwan-haiwan awet. Macam-macam ragam ada. Sangat seronok bila diimbas kembali.
Di suatu sudut yang lain, aku baru perasan di sebelah aku ada beg, tetapi tak nampak pula siapa tuannya. Apabila aku tengok nama atas buku nota, "choi!!!! Si pondan rupanya. Tapi tak nampak pula mana dia". Setelah beberapa ketika, barulah nampak batang hidung. Kali ni dengan wajah yang cukup berbeza.
Dengan memegang novel Komsas bertajuk "Anak Laut" tulisan Dato' A. Samad Said, Ahmad Fatah dengan langkah yang lemah, tidak bersemangat memasuki makmal. "Aik, biasa senyum je memanjang walaupun aku benci senyuman tu". Aku jadi tertanya-tanya mengapa. "Ah, lantak lah!". Aku cuba untuk tidak mengendahkannya.
Semasa kelas berjalan, aku terdengar bunyi tangisan. Bila dilihat, memang tangisan tersebut dari Ahmad Fatah. "Wei, kenapa nangis? Hal keluarga ke? Kalau ye pun nak nangis pergi tandas la. Jiwang kat sini apa kes?". Aku menegur. "Yang kat belakang tu sila berdiri!". Tiba-tiba ada yang memanggil. Ternyata, aku dipanggil dan diminta berdiri oleh Cikgu Mimie kerana kesalahan bercakap semasa dia sedang mengajar. "Adoi, tak macho la. Rosak imej aku sebagai budak baik. Kalau lah aku tak tegur si pondan ni. ish!". Sesal hatiku yang menyalahkan Ahmad Fatah. Ada dalam beberapa ketika dia tersenyum, mungkin nak tergelak tengok nasib yang menimpa diri aku.
Sejurus tamat kelas, masing-masing berjalan balik ke kelas. Ahmad Fatah memanggil namaku dan mengucapkan terima kasih. "Adoi, gelinya aku! macam dalam drama lak". Bisik hatiku. "Aku tahu kau tak suka aku, tapi aku berterima kasih kat kau sebab jujur dengan aku. Benarlah pepatah arab - kekadang musuh lebih jujur daripada seorang sahabat sejati". Tambah Ahmad Fatah dengan tenang. "Aku jujur?? haha..memang pun. Tapi bahagian mana?". Aku bertanya. "Segalanya!". Jawab Ahmad Fatah yang kemudian berlalu meninggalkan aku menuju ke tandas.
"Aik...apa dah jadi? Aku yang kuat kutuk dia, patut dia benci kat aku. Tapi boleh pulak cakap terima kasih kat aku". Dalam bersendirian menuju ke kelas, aku kebingungan.............
Saturday, April 2, 2011
BAB 5: MUSUHKU SAHABATKU (PART 2)
Tahun 2002, aku bersiap sedia memasuki tingkatan 4. Setelah tamat perhimpunan mingguan, diadakan pula sesi pengumuman kelas berdasarkan keputusan PMR pada tahun lepas. Apabila selesai sesi pembahagian kelas, amatlah terkejut kerana sekali lagi Ahmad Fatah menjadi rakan sekelasku setelah dua tahun kami tidak sekelas. Aku amat tidak menyenangi keadaan itu. Para pelajar kemudiannya berarak memasuki kelas baru masing-masing.
Setibanya kami di dalam kelas, macam biasa masing-masing berebut untuk memilih tempat duduk yang disukai. Begitu juga aku. Aku bersama Naim, Joe dan Fadhil memilih untuk duduk di bahagian hadapan tetapi di sebelah tepi (kanan) kelas. "Nice view", kata Naim yang duduk di barisan paling depan bersama Fadhil manakala aku dan Joe duduk di belakang mereka. Si Ahmad Fatah pula mengada-ngada duduk di belakang aku. "Tak ada motif betul la si pondan ni", hatiku mengutuk.
Diimbas kembali, Naim, Joe dan Fadhil adalah kawan yang baru saja aku kenali ketika berada di tingkatan 2, dua tahun lalu. Mereka pula sudah saling kenal antara satu sama lain kerana tinggal sekampung dan bersekolah rendah bersama. Mereka melayan aku dengan baik sekali. Selalu saja aku diajak bermain tennis, badminton, bowling dan berbasikal merentas desa. Banyak pengalaman baru yang aku dapat daripada mereka. Bagiku, zaman remajaku baru saja bermula. "Terima kasih kawan-kawanku".
Monday, March 28, 2011
BAB 4: MUSUHKU SAHABATKU (PART 1)
Tidak lengkap cerita ini sekiranya aku tidak menceritakan tentang seorang insan bernama Ahmad Fatah, rakan sekelas semasa berada di tingkatan 1. Ahmad Fatah merupakan seorang "lelaki lembut". Pada awalnya, aku sangat benci melihat telatahnya yang lembut. "Mungkin dia fikir diri dia perempuan kot.....", hatiku sering berkata demikian apabila melihat dia mesra bergaul dengan rakan-rakan perempuan.
Selalu juga Ahmad Fatah datang untuk bertanyakan subjek inggeris dan agama kepadaku, tetapi aku ajar antara mahu tak mahu je. Banyak kali juga aku marah dia, sebab selalu tengok muka aku. "Ko nie gay ke? duk tengok-tengok muka aku je". Macam-macam lagi aku caci dia tanpa sedikit pun rasa belas kasihan di hati tapi Ahmad Fatah tenang sahaja menerima cacian-cacian dariku, bahkan boleh pula dia senyum yang mana membuatkan hatiku semakin panas. Pernah sekali aku tendang dia, gara-gara dia memegang tanganku untuk melihat jam tanganku. Maafkan aku, Ahmad Fatah........
Pengajaran bab 4:
1) Janganlah memilih untuk mengajar apabila diminta. Ilmu itu hakmilik Allah. Kita hanya meminjam dari-Nya. "Ilmu juga tidak kurang jika dikongsi, bahkan makin bertambah".
2) Jangan terlalu mudah untuk marah dan mencaci kerana setiap manusia ada kekurangannya. Kita patut bersyukur jika Allah tidak berkehendak didedahkan kekurangan diri kita. Sebagai umat islam yang saling bersaudara antara satu sama lain, amatlah perlu untuk kita menutup kekurangan diri orang lain supaya membuatkan orang tersebut hidup dengan lebih selesa. Manusia jika sering dicaci mungkin akan rasa kurang bersemangat. Kalau yang lemah imannya, mungkin mereka terdorong untuk menyalahkan Allah kerana dilahirkan sedemikian.
3) Bersabarlah kerana sabar itu separuh dari iman. Tidak kira apa jua dugaan hidup, kita mesti ikhlas menerimanya kerana setiap yang bersabar pasti akan berjaya. Dengan bersabar juga kita dapat melembutkan hati yang keras. Tak percaya?? Tunggu bab akan datang.....
Monday, February 14, 2011
BAB 3: SEKOLAH MENENGAHKU (PART 2)
Dalam kelas, aku berkawan rapat dengan Azrul yang aku kenali sejak sekolah rendah. Si Azrul nie ala-ala "bad boy" sikit, suka main tarik tudung pelajar perempuan. Kerap juga dia masuk bilik disiplin. Namun ia langsung tidak menjejaskan pandangan pelajar lain, terutamanya pelajar perempuan terhadap aku. Tiap ketika berada di dalam kelas, ada sahaja mata-mata yang memandang dengan senyuman. Cikgu-cikgu juga memandang tinggi kebolehan aku kerana kerap mendapat keputusan yang baik (selalu dapat no.1 dalam kelas). Pernah seorang ustazah bagitau: "seumur hidup ustazah mengajar di sekolah nie, tak pernah pelajar dapat 98 markah dalam subjek agama". Ustazah juga kerap kali menasihati aku supaya jangan terikut dengan perangai nakal kawan di sekeliling. Itulah Ustazah Farhana yang sangat aku segani kerana ketinggian ilmu agamanya dan selalu memberi nasihat kepada para pelajar. Pernah aku menganggapnya sebagai ibu ke-2 ku.
Semasa berada di tingkatan 1, aku masih belum mempunyai kawan perempuan. Ada juga yang buat-buat mesra dengan aku, tapi aku tak layan. Suatu hari ketika waktu rehat, seperti kebiasaan aku tidak ke kantin dan duduk di meja cikgu untuk membaca akhbar. Seorang pelajar perempuan bernama Suraya dengan selamba duduk di atas meja cikgu. Pada mulanya dia renung je muka aku dengan senyuman (ala-ala nak menggoda). Mungkin juga dia dicabar oleh kawan-kawan untuk menegur aku. Tiba-tiba Suraya mula bersuara: "kenapa saya selalu tengok, bila tiba je waktu rehat mesti awak tak pergi makan....kenapa ek?".
Dengan mata yang masih terpaku di dada akhbar, aku menjawab: "tak lapar, buat apa nak pergi kantin".
Selepas itu ada pula soalan susulan dari Suraya. Masih segar dalam ingatan, pada masa yang sama si Suraya pernah berbaring di atas meja cikgu sambil renung muka aku. Tujuan?? Wallahu'alam, aku pun tidak tahu sampai ke hari ini.
Perkara tidak bermoral sudah ada di sekolah, contohnya pelajar senior tingkatan 2 selalu masuk mengusik pelajar perempuan. Ada antara mereka yang membawa masuk gambar-gambar lucah untuk dipertontonkan kepada pelajar perempuan. Yang lucunya, ada yang menutup mata dan ada pula yang melayan gambar-gambar tersebut bersama senior. Ada juga pelajar senior memperlihatkan kemaluannya kepada pelajar perempuan yang "sporting". Pada tahap nie, aku benar-benar rasa seperti hidup di dalam neraka. Pelajar perempuan yang prihatin mengadukan hal tersebut kepada cikgu disiplin. Ada juga sebilangan pelajar senior dibuang sekolah kerana hal di atas.
Antara gejala yang aku paling benci, sudah ada pelajar perempuan sekelas yang mana teman lelakinya seorang senior tingkatan 2 ditangkap berdua-duaan di dalam tandas sekolah. Kondom juga turut dijumpai. Dipercayai mereka melakukan hubungan seks sejak bermulanya hari latihan sukan yang biasanya diadakan pada waktu petang. Suasana sunyi di dalam kawasan sekolah pada waktu petang menyebabkan mereka terdorong untuk melakukan perbuatan terkutuk, kononnya "pak guard" duduk diam je dalam pondok dia. Mereka berdua kemudiannya dibuang dari sekolah.
Sebelum bermulanya peperiksaan akhir tahun, Suraya berhenti sekolah secara tiba-tiba. Menurut rakan rapatnya, Suraya mengandung anak lelaki berumur 30an yang mana baru saja dikenali. Diceritakan juga, Suraya merupakan anak tunggal. Ibu bapanya sudah bercerai. Mudah-mudahan Suraya baik-baik sahaja dan sentiasa dilindungi oleh Allah s.w.t. Yang paling penting, moga dia BERTAUBAT.
Pengajaran bab 3:
1) Tidak kira dengan siapa pun kita berkawan, yang penting, ambil yang baik dan jauhi yang buruk (perangai) kerana pengaruh kawan sangatlah kuat. Jika seorang kawan cenderung memberi kesan negatif kepada kita maka sebaik-baiknya jauhkan diri anda dan berdoalah mudah-mudahan dia berubah.
Seelok-eloknya, carilah kawan yang dapat membimbing kita kearah kecemerlangan baik dari segi apa pun.
2) Bahan-bahan lucah haruslah dijauhi kerana jika dilayan, nafsu akan membuah dalam diri sepertimana kejadian yang berlaku di atas. Apabila nafsu merajai diri, akal sudah tidak berguna lagi, malu tidak lagi jadi penghalang....hasilnya.......DERITA.
Monday, January 10, 2011
BAB 2: SEKOLAH MENENGAHKU (PART 1)
Pada awal tahun 1999, aku secara rasminya menjadi pelajar sekolah menengah. Diimbas kembali, aku merupakan pelajar yang terakhir mendaftar di sekolah kerana masalah dokumentasi. Masalah ini berpunca daripada pendaftaran aku terdahulu yang mana nama aku disenaraikan di sebuah sekolah lain yang letaknya kurang 1km dari rumah oleh pihak pengurusan sekolah rendah. Pada masa itu, pihak pengurusan sekolah rendah mahu memudahkan pelajar untuk ke sekolah menengah yang terletak paling hampir dengan rumah masing-masing. Oleh kerana abah bimbang aku akan melencong ke tempat lain dan tidak pergi ke sekolah, dihantarnya aku ke sekolah yang letaknya 5km dari rumah dan berhampiran pejabatnya. Senang hantar dan ambil katanya. Aku sangat bersyukur dengan keputusan abah kerana dapat berjumpa kembali dengan rakan seperjuangan semasa di sekolah rendah dahulu.
Terdapat 10 buah kelas untuk pelajar tingkatan satu iaitu kelas A sampai kelas J. Seperti biasa, kelas-kelas ini disusun mengikut kemampuan IQ pelajar merujuk kepada keputusan UPSR masing-masing. Jangan terkejut kerana aku merupakan pelajar di kelas J iaitu kelas paling akhir. Perasaan aku hanya Allah s.w.t yang tahu. Cuba bayangkan sebuah kelas, terpisah dari deretan kelas-kelas yang lain dan terletak di kawasan tanah rendah (keadaan muka bumi di dalam kawasan sekolah yang berbukit menyebabkan terdapatnya tanah tinggi dan tanah rendah). Bayangkan juga kami, warga kelas J yang harus mendongak ke atas untuk melihat suasana pelajar kelas-kelas lain. Rasa dipandang rendah pun ada. Bak kata Pendekar Bujang Lapuk: "Cobaan...................".
Mengikut rekod, "batch" aku merupakan "batch" pertama pelajar perempuan diterima masuk belajar di sekolah ini. Maknanya, sekolah sebelum ini merupakan sekolah menengah lelaki sahaja. Secara jujurnya, aku lebih suka sekolah ini seperti sebelumnya.
Thursday, January 6, 2011
BAB 1: SIAPAKAH AKU DAHULU SEBELUM AKU SEKARANG?
Aku datang dari keluarga yang sederhana, tak kaya dan tak pula susah. Pada masa kecil, sama macam kanak-kanak lain, bermain adalah rutin kehidupan seolah-olah hidup aku hanya untuk bermain. Semasa berumur 6 tahun, aku sudah diajar mengaji Al-Quran dan cara-cara bersolat. Kerap juga aku dan abang diajak ke surau oleh abah. Kadang-kadang secara "sendirian berhad" ikut datuk ke surau berhampiran yang tak jauh dari rumah datuk. Masa kecil, kami adik beradik kerap habiskan masa di rumah datuk sebelah umi yang mana menjadi tempat kami belajar membaca Al-Quran.
Di rumah pula, aku dan abang suka geledah “mini library”. Banyak buku-buku lama yang dijumpai antara yang paling menarik minat ialah buku sejarah dan mengenai haiwan dan bintang. Jadi tidak hairanlah aku dan abang lebih berpengetahuan berbanding kawan-kawan seusia lain dalam bab sejarah dan nama-nama haiwan. Buku yang dijumpai terus diberi kepada umi untuk diajar membaca. Umi aku suri rumah, jadi banyak masa diluangkan untuk didik kami adik beradik membaca dan bersopan santun. Antara pengajaran awal yang diberikan oleh umi ialah:
- jangan keluar bermain sebelum pukul 5 petang (takut kulit jadi gelap katanya)
- jangan tunjuk-tunjuk ke arah muka yang lain semasa bercakap.
- jangan tinggikan suara dengan orang tua.
- segera basuh pinggan dan gelas selepas makan.
- jangan ke rumah jiran-jiran pada waktu makan tengah hari.
- dan banyak lagi.......
Sekitar tahun 1993-1998, aku memasuki alam persekolahan (sekolah rendah) selepas tamat sekolah tadika selama setahun pada tahun 1992. Masa sekolah tadika dulu, ada juga campur dengan budak-budak perempuan tapi perasaan "suka" itu belum wujud. Lain pula yang berlaku semasa sekolah rendah di mana semua pelajar adalah lelaki. Berhampiran sekolah, ada sebuah sekolah menengah perempuan. Selepas habis kelas, aku intai abah melalui celah rekahan pagar sekolah. Malu nak tunggu dekat luar sebab ramai sangat pelajar perempuan dari sekolah sebelah yang juga menunggu di sekitar. Boleh dikatakan aku sangat pemalu lebih-lebih bila berhadapan dengan perempuan. Maklumlah, adik beradik semua lelaki, sepupu pun ramai lelaki dan tidak pernah ada kawan perempuan. Di sekolah aku sangat aktif bersukan. Sukan kegemaran adalah bola sepak. Aku juga aktif buat kerja amal contohnya membersihkan pusat sumber, taman, kolam ikan, surau di sekolah.
Pulang saja dari sekolah, rutin biasa yang dilakukan ialah makan tengah hari, solat, usung tilam ke ruang tamu, buka TV2 untuk menonton Rancangan TV Pendidikan yang pada masa itu popular dengan Cerita Sang Kancil. Pada hujung minggu pula, pagi-pagi lagi aku sudah bangun untuk tengok rencana mengenai haiwan sementara tunggu cerita Ultraman. Rancangan R.S.B yang kini dikenali sebagai Remaja merupakan rancangan paling matang pernah aku tengok pada masa itu. Pengacaranya ialah Irene Santiago, yang juga merangkap sebagai "kekasih" aku (dalam fantasi). Rancangan ini juga banyak pengaruhi hidup aku untuk berubah dari segi apa yang aku main, pemakaian dan muzik.
Hari berlalu dan aku meningkat remaja. Antara tahun 1996-1998, perasaan memberontak semakin meninggi dalam diri. Pada tahap ini, aku sudah pandai menipu lebih-lebih soal solat dan mengaji Al-Quran. Sebelum terlupa, sesi mengaji Al-Quran aku adalah pada sebelah petang sesudah solat asar. Bagi aku, amatlah tidak relevan waktu petang digunakan untuk belajar mengaji. Ini kerana waktu petang adalah untuk bermain bola sepak. Dulu pernah aku mengaji sesi malam sesudah solat isyak tetapi banyak pula "songeh": mengantuk la, nak tengok TV la dan macam-macam lagi. Sebab tu takut nak luahkan isi hati kepada abah untuk tukar balik ke sesi malam. Abah aku pantang, buat hal sikit laju saja tangan naik ke muka. Begitullah aku dan abang dihukum setiap kali tinggalkan solat dan ponteng mengaji Al-Quran.
Pengajaran bab 1:
1) kesimpulannya, aku dididik dengan baik oleh abah, umi dan datuk dalam asas fardu'ain lebih-lebih dalam bab solat dan membaca kitab suci Allah s.w.t iaitu Al-Quran. Kerap dihukum kerana abaikan 2 perkara tersebut. Jadi timbul persoalan. Mak ayah zaman sekarang mahu ke nak pukul-pukul anak lebih-lebih bila anak tidak solat dan ponteng mengaji Al-Quran??? hehe....
Kongsi pengalaman: Sepupu aku yang lahir sekitar tahun 1999 ke atas semua dimanjakan oleh mak ayah mereka. Sampai satu hari, si ayah melarang dengan meninggikan suara pun tidak diendahkan oleh si anak bahkan dibalaskan balik oleh si anak dengan nada mengejek.
Jadi ingatlah, "melentur buluh biarlah dari rebungnya".
2) TV juga berperanan penting dalam mencorak seseorang lebih-lebih yang meningkat remaja.
Kongsi pengalaman: Masa tengok Rancangan R.S.B, banyak paparkan isu muzik masa kini (pada masa tu ledakan local indie-band spt O.A.G, nice stupid playground, intoxicated), fesyen dan aksesori etc. Dalam bab gadis pilihan pun sama. Disebabkan dulu aku minat Irene Santiago, jadi kalau boleh aku inginkan"girlfriend" seakan-akan dia: mixed, freehair, pandai berfesyen etc. Kira dia dijadikan asas untuk memilihan gadis idaman aku pada masa tu. Aku yakin, ramai di luar sana yang juga jadikan selebriti tertentu sebagai asas pemilihan pasangan, kan?
Tuesday, January 4, 2011
PENGENALAN
Assalamu'alaikum w.b.t.
Alhamdulillah dengan izin Allah s.w.t dan di atas nasihat rakan-rakan, (Luqman al Hakim, Sabrie dan Imani) maka terbukalah hati untuk menulis blog nie yang diberi tajuk "kisahku novelmu". Blog nie sebelumnya dirancang untuk dijadikan diari semata-mata. Di sebabkan aku nie bukan "kaki diari", maka ditulis lah segala isi hati di dalam blog (sebab diari nie takut adik beradik baca, takut dilabel mat jiwang etc). Dalam blog nie, tulis apa pun o.k sebab orang mungkin tak kenal. Tambahan memang niat aku untuk bercerita pengalaman lalu yang mana amatlah rugi jika tidak dikongsi.
Apa yang ditulis dalam blog nie adalah 100% kisah benar yang dialami sendiri oleh aku yang mana menggunakan nama samaran sebagai Muhammad. Kalau blog nie adalah sebuah novel, genrenya mungkin jatuh dalam kategori ISLAMIK NOVEL.
Pertama sekali mohon maaf kerana plot cerita dalam blog nie agak "slow". Ini kerana aku ingin mengajak para pembaca mengimbas kembali zaman-zaman yang pernah dilalui pada masa dahulu.
Secara ringkasnya, blog nie akan menceritakan pengalaman aku bermula dari zaman sekolah sampai sekarang. Ujian demi ujian dan perubahan demi perubahan yang dialami dek kerana CINTA. Diharap akan beri banyak pengajaran untuk para pembaca.
Blog nie Insya'Allah akan di"update" seminggu sekali. Segala komen amatlah dialu-alukan. Sekian terima kasih.
Alhamdulillah dengan izin Allah s.w.t dan di atas nasihat rakan-rakan, (Luqman al Hakim, Sabrie dan Imani) maka terbukalah hati untuk menulis blog nie yang diberi tajuk "kisahku novelmu". Blog nie sebelumnya dirancang untuk dijadikan diari semata-mata. Di sebabkan aku nie bukan "kaki diari", maka ditulis lah segala isi hati di dalam blog (sebab diari nie takut adik beradik baca, takut dilabel mat jiwang etc). Dalam blog nie, tulis apa pun o.k sebab orang mungkin tak kenal. Tambahan memang niat aku untuk bercerita pengalaman lalu yang mana amatlah rugi jika tidak dikongsi.
Apa yang ditulis dalam blog nie adalah 100% kisah benar yang dialami sendiri oleh aku yang mana menggunakan nama samaran sebagai Muhammad. Kalau blog nie adalah sebuah novel, genrenya mungkin jatuh dalam kategori ISLAMIK NOVEL.
Pertama sekali mohon maaf kerana plot cerita dalam blog nie agak "slow". Ini kerana aku ingin mengajak para pembaca mengimbas kembali zaman-zaman yang pernah dilalui pada masa dahulu.
Secara ringkasnya, blog nie akan menceritakan pengalaman aku bermula dari zaman sekolah sampai sekarang. Ujian demi ujian dan perubahan demi perubahan yang dialami dek kerana CINTA. Diharap akan beri banyak pengajaran untuk para pembaca.
Blog nie Insya'Allah akan di"update" seminggu sekali. Segala komen amatlah dialu-alukan. Sekian terima kasih.
Subscribe to:
Posts (Atom)








