Friday, May 6, 2011

BAB 8: CERITA CINTA BUTA YANG MENYAKITKAN (PART 2)


Tidak seperti hari sebelumnya, kali ini Ahmad Fatah kelihatan lebih ceria dan teruja. Mungkin sedang bersemangat untuk menyambung ceritanya yang tertangguh semalam.

"Mat, salah ke aku meluahkan perasaan yang terpendam kat seseorang yang aku suka? Andai aku tak luahkan, takut nanti melepas." Ahmad Fatah memulakan soalan sambil menghampiri aku. "Adoi, sorry to say aku tak ada pengalaman dalam bab cintan cintun nie. Tapi kalau ikutkan aku, tak salah kot meluahkan isi hati. Tapi biasa la, kena bersiap sedia dengan jawapan dari si dia. Mungkin dia terima, mungkin dia tolak." Aku menjawab berdasarkan logik akal.

Ahmad Fatah kelihatan termenung sejenak. Beberapa minit kemudian dia mengeluarkan handphone Nokia 3310 berwarna merah (pada tahun 2002, handphone Nokia 3310 nie tengah hot dan sangat popular di kalangan pelajar dan guru). "Nah, cuba kau baca SMS dari si dia". Minta Ahmad Fatah sambil menghulurkan handphonenya. "Irah pun sayang kat Fatah. Sayang sangat! Tapi Irah anggap Fatah tak lebih dari seorang kawan. Tolong sangat, janganlah Fatah merayu camnie lagi sebab ia boleh menjejaskan persahabatan kita." Kali nie giliran aku pula yang termenung sejenak sebelum menghulurkan kembali handphone kepada Ahmad Fatah. "What the hell main sayang-sayang kalau anggap sebagai kawan je". Bisik hatiku, sambil terlintas sesuatu di fikiran.

"Fatah, siapa yang terlebih dulu meluahkan rasa sayang nie. Dia ke kau?" Tanyaku berdasarkan firasat. "Hah, tu lah masalahnya. Kalau awal-awal dulu dia tak luahkan rasa sayang dia kat aku, tak ada lah aku duk angau dan fikir bukan-bukan kat si dia. Dulu, dia yang mulakan bab sayang menyayang nie. Aku ingat lagi suatu malam sebelum tidur, kami bersembang. Masa tu dia mengadu parents bergaduh. Dia nangis! Masa tu aku rasa nak sangat lindungi dia tapi aku segan nak cakap. Tiba-tiba dia bagitau dia sayang kat aku dan akulah tempat dia mengadu. Aku terkejut sangat Mat!" Jelas Ahmad Fatah.

"Tapi pada malam tu dan beberapa hari selepas tu aku belum meluahkan isi hati aku dekat dia. Aku tunggu masa yang sesuai." Tambah Ahmad Fatah. "Ok....maknanya kau ambil masa juga la nak luahkan isi hati? Haha, ingatkan kau nie seorang yang gopoh. Teruskan." Aku melawak untuk menceriakan suasana.

Perbualan terhenti seketika apabila Ahmad Fatah dilihat seakan-akan membuat panggilan melalui handphonenya, tetapi bila ditanya dia hanya menjawab tak ada apa-apa sambil tersenyum. Senyuman yang bagaikan menyembunyikan sesuatu. "Pelik budak nie, suka kasi sejuk cerita." Bisik hatiku yang tidak sabar untuk mendengar cerita selebihnya.

"Maaf. Erm....ok. Bermula dari hari tu (Irah mengadu pasal parentsnya bergaduh), tiap-tiap malam sebelum tidur dia akan SMS bagitau aku: Gudnite sayang! Aku pun apa lagi, rasa gembira sangat! Bagaikan cinta tak bertepuk sebelah tangan. SMS berbalas sayang nie berlanjutan dekat setahun." Ahmad Fatah menyambung cerita. "Eh, kau dengan si dia tak declare as couple ke? Main berbalas sayang macam tu je belum menjelaskan apa-apa. Bagi aku, hubungan tu masih lagi nampak samar-samar." Soalku kehairanan.

"Haa..nie aku nak habaq kat hang (tiba-tiba pula Ahmad Fatah bercakap loghat kedah). Dia sengaja nak bagi hubungan kami nie samar-samar supaya dapat perhatian dari aku. Masa aku luahkan isi hati kat dia, awal-awal dulu dia cakap belum sedia nak couple. Kononnya nak focus study dulu. Masa tu dia tak terus tolak aku. Kau dah baca SMS tadi kan? Bukankah bercanggah alasan yang dia bagi? Jelas Ahmad Fatah dengan nada yang sedikit kesal. "Erm...lain benar alasan yang budak Irah nie bagi. Ntah, sepanjang cerita kau nie aku nampak satu je. Aku nampak budak Irah nie macam sengaja nak main-mainkan kau. Bukan sengaja, tapi biasa la perempuan lawa, mestilah mahu perhatian yang special dari ramai lelaki. Teori je...." Responku terhadap soalan yang dikemukakan oleh Ahmad Fatah.

"Hahahaha....Budak Irah? Baguslah kau panggil dia macam tu. Memang dasar budak hingusan pun. Tapi apa yang kau cakap tadi bukan sekadar teori. Memang betul dia hanya nak perhatian dari aku dan juga lelaki lain. Aku ingat lagi masa trip librarians ke Kuala Lumpur dulu, aku sedaya upaya nak hampiri dia, nak jalan bersama, tapi nampak sangat dia macam menjauhkan diri. Padahal dalam handphone bukan main bersayang-sayang. Kalau benda nie jadi kat kau pun aku agak kau dapat rasa yang dia cuba mengelak. Tapi aku fikir positif, mungkin dia malu." Luah Ahmad Fatah yang pada mulanya tertawa dan seterusnya mula kembali muram.

"Trips librarians? Irah kan pengawas. Tapi tak pernah pula librarians dengan pengawas join trip bersama. Betol pengawas kot, sebab Fatah kan suruh aku usya yang paling lawa. Bagi aku, yang pengawas nie la yang paling lawa antara juniors bertiga semalam." Aku tertanya di dalam hati. Rasa sedikit kebingungan. Tapi aku tak terus tanya, untuk elakkan kecelaruan cerita. Aku diam je sambil memberi isyarat tangan supaya Ahmad Fatah meneruskan cerita.

"Pernah sekali masa latihan rumah sukan aku tengok dia duduk rapat-rapat je dengan seorang senior kita. Aku labelkan sebagai senior A. Berborak bukan main mesra. Masa latihan Kelab Bomba pula macam tu juga. Tapi dengan senior lain yang aku labelkan sebagai senior B. Mentang-mentang aku bukan satu kelab dengan dia, dia ingat aku tak tahu gerak geri dia. Yang paling lucu, dulu aku pernah ajak dia keluar jalan-jalan, makan McD. Dia cakap yang dia nie tak keluar dengan lelaki yang bukan muhrim. Tuiiiii!! Sebulan lepas tu, Allah maha kuasa nak tunjuk kebenaran, so aku terserempak dengan dia bukan main mesra dengan senior lain, iaitu senior C dalam KFC. Tapi yang bodohnya, yang aku paling kesal, boleh pula aku fikir positif setelah aku melihat semua tu dengan mata aku sendiri. Masa tu aku nak sangat dia jadi milik aku. Aku fikir, mustahil dia akan curang sebab tiap malam dia tak pernah miss ucap: Gudnite sayang kat aku." Ahmad Fatah seakan-akan kembali bersedih.

"Kalau dah suka kat seseorang, memang la macam tu. Orang lain kata perempuan tu gajah ke, harimau ke, kita dah tak dengar. Normal, aku faham keadaan kau." Jelasku yang juga cuba menenangkan keadaan Ahmad Fatah. Aku tak nak dia menangis balik je.

Selepas itu loceng tamat rehat dibunyikan. Pelajar-pelajar semakin memenuhi kelas. Ahmad Fatah tersenyum kembali dan memberitahu akan menyambung lagi ceritanya pada minggu hadapan kerana esok sekolah cuti hujung minggu. Selang 10 minit Cikgu Zarina memasuki kelas untuk mengajar subjek KOMSAS. Cikgu nie agak berumur, sedikit garang kalau tak ikut disiplin.

Sedang Cikgu Zarina khusyuk mengajar, tiba-tiba terdengar bunyi ringtone handphone. Cikgu Zarina menghempas buku novelnya ke atas meja dan semua pelajar serentak memandang ke arah Ahmad Fatah. Rupa-rupanya ringtone tadi datangnya dari handphone Ahmad Fatah. Setelah dimarahi selama lebih kurang 4 minit, dia kemudiannya diminta membawa kerusinya supaya duduk di luar kelas. Hahaha....

Pengajaran bab 8:
1) Tidak kira lelaki atau perempuan, janganlah mudah mengungkapkan perkataan sayang kepada seseorang yang berlawanan jantina. Boleh jadi ungkapan tersebut disalah tafsir lebih-lebih lagi oleh pihak yang menyimpan perasaan kepada kita.

2) Berfikiran positif itu perlu supaya dapat melahirkan spiritual yang positif seterusnya tindakan kita pun akan menjadi positif. Akan tetapi, berwaspada lah!! Fikiran positif ini sering kali terganggu kerana emosi. Contohnya kerana perasaan cinta pada seseorang membuatkan kita hilang pertimbangan positif, dan semuanya nampak indah. Ketahuilah perbezaan antara buta menilai dengan penilaian positif. Buta menilai = kita terima sahaja sesuatu perkara DENGAN POSITIF TANPA BANYAK SOAL (EMOSI). Penilaian positif = menerima sesuatu perkara DENGAN POSITIF DENGAN BANYAK SOAL (AKAL).

3) Jangan misscall orang sesuka hati atau berniat nak kenakan orang, kerana kita tak tahu handphone kita tu dalam silent mode ke tak. Buat baik dibalas baik, buat jahat?? hehe...fikir-fikirkanlah

*Ahmad Fatah misscall junior kegilaannya dalam kami tengah khusyuk bersembang. Junior (Irah) balas balik semasa kelas sedang berjalan. Kebetulan handphone Ahmad Fatah bukan dalam silent mode. Tu yang kena denda duduk dekat luar kelas. Kan Allah tu maha adil??