Monday, March 28, 2011

BAB 4: MUSUHKU SAHABATKU (PART 1)


Tidak lengkap cerita ini sekiranya aku tidak menceritakan tentang seorang insan bernama Ahmad Fatah, rakan sekelas semasa berada di tingkatan 1. Ahmad Fatah merupakan seorang "lelaki lembut". Pada awalnya, aku sangat benci melihat telatahnya yang lembut. "Mungkin dia fikir diri dia perempuan kot.....", hatiku sering berkata demikian apabila melihat dia mesra bergaul dengan rakan-rakan perempuan.

Selalu juga Ahmad Fatah datang untuk bertanyakan subjek inggeris dan agama kepadaku, tetapi aku ajar antara mahu tak mahu je. Banyak kali juga aku marah dia, sebab selalu tengok muka aku. "Ko nie gay ke? duk tengok-tengok muka aku je". Macam-macam lagi aku caci dia tanpa sedikit pun rasa belas kasihan di hati tapi Ahmad Fatah tenang sahaja menerima cacian-cacian dariku, bahkan boleh pula dia senyum yang mana membuatkan hatiku semakin panas. Pernah sekali aku tendang dia, gara-gara dia memegang tanganku untuk melihat jam tanganku. Maafkan aku, Ahmad Fatah........

Pengajaran bab 4:
1) Janganlah memilih untuk mengajar apabila diminta. Ilmu itu hakmilik Allah. Kita hanya meminjam dari-Nya. "Ilmu juga tidak kurang jika dikongsi, bahkan makin bertambah".

2) Jangan terlalu mudah untuk marah dan mencaci kerana setiap manusia ada kekurangannya. Kita patut bersyukur jika Allah tidak berkehendak didedahkan kekurangan diri kita. Sebagai umat islam yang saling bersaudara antara satu sama lain, amatlah perlu untuk kita menutup kekurangan diri orang lain supaya membuatkan orang tersebut hidup dengan lebih selesa. Manusia jika sering dicaci mungkin akan rasa kurang bersemangat. Kalau yang lemah imannya, mungkin mereka terdorong untuk menyalahkan Allah kerana dilahirkan sedemikian.

3) Bersabarlah kerana sabar itu separuh dari iman. Tidak kira apa jua dugaan hidup, kita mesti ikhlas menerimanya kerana setiap yang bersabar pasti akan berjaya. Dengan bersabar juga kita dapat melembutkan hati yang keras. Tak percaya?? Tunggu bab akan datang.....

1 comment:

  1. Assalamualaikum..Alhamdulillah...intipati dan pengajaran yang bagus..x sabar untuk membaca kisah seterusnya..^_^..

    ReplyDelete